fb fb fb fb fb

Syarikat penerbangan tempatan digalak guna SAF - Anthony

FOTO BERNAMA

LANGKAWI, 22 Mei- Syarikat penerbangan tempatan digalak menggunakan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) sebagai usaha menyokong usaha ke arah ekonomi rendah karbon.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata ia sekali gus memenuhi komitmen di bawah Skim Pengimbangan dan Pengurangan Karbon Penerbangan Antarabangsa (CORSIA).

"Industri penerbangan merupakan industri paling banyak mengeluarkan pelepasan gas. Di negara-negara barat seperti Eropah, sudah ada negara yang diwajibkan terhadap syarikat penerbangan mereka.

Bagaimanapun, di Malaysia kita belum lagi sampai tahap wajibkan tetapi sudah tentu akan ke arah ke situ," kata Anthony kepada pemberita dalam satu sidang media di Langkawi sempena penganjuran LIMA'23.

Tambahnya, usaha itu memerlukan kerjasama bersepadu dengan pihak berkepentingan bagi menjayakan usahakan berkenaan.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu