(Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata ujian awal pelaksanaannya dijangka bermula Mac
tahun depan melibatkan syarikat yang sudah bersedia dengan sistem tersebut)
KUALA LUMPUR, 22 Mei- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan 4,000 syarikat berpendapatan melebihi RM100 juta, menjadi pengguna fasa pertama E-Invois yang bermula 1 Jun 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Nizom Sairi berkata ujian awal pelaksanaannya dijangka bermula Mac tahun depan melibatkan syarikat yang sudah bersedia dengan sistem tersebut.
"Kita mula dengan perniagaan mengikut jadualnya pada 1 Jun 2024 yang mencatat pendapatan RM100 juta, kemudian RM50 juta pada Januari.
"Jadi ada garis waktu kita boleh berikan nanti butirannya. Maklumat diberikan untuk perniagaan dengan pelanggan itu adalah fasa yang terakhir nanti setelah kita dapati 'biz to biz' atau perniagaan ke perniagaan benar-benar sudah mantap," kata beliau kepada media di sini.
Pelaksanaan E-Invois bertujuan memastikan kecekapan pengurusan pentadbiran percukaian negara ,seiring perkembangan teknologi semasa.
(Datuk Dr Mohd Nizom berkata 4,000 syarikat disasar jadi pengguna awal E-Invois)