fb fb fb fb fb

Tiada sebarang petunjuk seorang lelaki jatuh laut, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan

KUALA PERLIS, 10 Jun – Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi menamatkan koordinasi Operasi Mencari dan Menyelamat seorang mangsa lelaki yang dipercayai jatuh laut di posisi 7.5 batu nautika barat daya muara Kuala Perlis, Rabu lalu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, operasi ditamatkan pada jam 7.30 malam semalam berikutan tiada sebarang petunjuk ditemui sepanjang tiga hari operasi dijalankan.

Seramai empat orang ahli keluarga mangsa turut hadir ke Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) Pengkalan Nelayan Sungai Baru petang semalam bagi mendengar taklimat dan rumusan operasi dari pasukan penyelamat.


(Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi menamatkan koordinasi Operasi Mencari dan Menyelamat)

Keseluruhan kawasan pencarian merangkumi keluasan 79.96 batu nautika persegi meliputi perairan Kurung Tengar, Sungai Baru sehingga Kuala Sanglang dan turut melibatkan seramai 67 orang petugas termasuk orang awam.

Namun demikian, walaupun operasi besar-besaran ditamatkan, pencarian diteruskan melalui rondaan rutin dan akan diaktifkan semula sekiranya terdapat petunjuk baharu.

Maritim Malaysia merakamkan penghargaan terima kasih kepada agensi sahabat yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta penduduk kampung dan semua yang telah terlibat sepanjang tiga hari Operasi Mencari dan Menyelamat dikoordinasikan oleh MRSC Langkawi

Media Baharu