fb fb fb fb fb

Pengeluaran makanan: Negeri Sembilan kenal pasti lokasi pusat tanaman

SEREMBAN, 10 Jun- Negeri Sembilan sedang mengenal pasti kawasan yang boleh diusahakan sebagai pusat tanaman pengeluaran makanan.

Antara kawasan tumpuan ialah daerah Jelebu, Gemas, Kuala Pilah dan Tampin.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, selepas dimuktamad, satu kertas kerja pembangunan pusat makanan itu akan dibentangkan.

"Kalau kita tak boleh nak usahakan tanaman kita tu rugi lah. Selagi tu kita tak boleh nak usahakan tanaman kita, minat tu tak datang, rakyat rasa susah nak buat, itu kerugian yang kita tanggung memang banyak sebenanrya bukan sedikit. Dia nak buat dia fikir ada musuh tanaman, dia tak buat kebun dia. Dia nak buat terpaksa tangguh dulu tangguh buang masa jadi kalau kita kurangkan musuh tanaman kita mereka boleh mengusahakan tanaman mereka ni akan memberikan kebaikan kepada kita," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan negeri menerusi Jabatan Perhilitan akan menyediakan peruntukan bagi pembelian peluru untuk kerja pemusnahan musuh tanaman.

Langkah tersebut diharap dapat membantu para petani memajukan perusahaan pertanian mereka sekaligus menyumbang kepada penambahan bekalan makanan dalam negeri.


(GAMBAR FAIL)

Dalam perkembangan lain, tahun ini, Mukim Ampangan dan Rompin dijadikan tumpuan program penghijauan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) bagi membanteras masalah penyalahgunaan dadah dalam komuniti di Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, usaha tersebut dapat dijayakan menerusi kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan serta komuniti bagi memastikan usaha penghijauan KBT dapat dicapai.

Pada 2019, Projek Penghijauan Felda Sungai Kelamah, Tampin telah dilaksana dengan menyasarkan pencapaian pada 2023.

"Kita dapat keluarkan daerah Gemencheh dan sekarang kita dalam tumpuan kita adalah mukim Ampangan dengan mukim di Jempol, Rompin jadi ini yang harus kita tumpukan biar kita berfasa dan berstrategi atau pun kita berpusat tumpuan kita apa kita nak buat dalam kawasan ini dan akhirnya akan ada kejayaan," ujarnya.


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

Beliau berucap pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan di Seremban.

Media Baharu