fb fb fb fb fb

Tiada sebarang kes penipuan libatkan penduduk terjejas banjir di PPS negeri Terengganu

(Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah ditemu bual media sewaktu membuat pemantauan
PPS Sekolah Kebangsaan Atas Tol, Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 10 Disember - Tiada sebarang kes penipuan melibatkan penduduk yang terjejas banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu.

Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu sentiasa membuat pemantauan agar perkara itu tidak berlaku.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah tidak menolak kemungkinan terdapat penduduk terjejas di PPS pulang ke kediaman masing-masing setelah keadaan bencana semakin reda.


(Foto fail)

Situasi ini secara tidak langsung menimbulkan dakwaan terdapat individu tidak bertanggungjawab hadir ke PPS semata-mata hanya untuk menerima keperluan bantuan.

"Data ini kita ambil, kita dapat pengesahan JPKK, memang setakat ini data penipuan yang dimaksudkan, semua yang berpindah ke PPS, memang rumah mereka terjejas banjir," kata beliau ketika ditemui pemberita sewaktu membuat pemantauan PPS Sekolah Kebangsaan Atas Tol, di sini, yang kini menempatkan 59 penduduk terdiri daripada 19 keluarga.

Sehingga pukul 4 petang tadi, sebanyak lapan PPS telah beroperasi bagi menampung 325 penduduk terdiri daripada 87 keluarga dari daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu.

Media Baharu