fb fb fb fb fb

Jemaah menteri, wanita diberi peranan penting

KUALA LUMPUR, 10 Disember- Peningkatan jumlah wanita menganggotai jemaah menteri merupakan isyarat progresif dan positif terhadap golongan itu.

Ia adalah signifikan memandangkan ramai daripada mereka diberi portfolio bagi jawatan penting.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata antara kementerian utama diterajui wanita ialah Pendidikan, Kesihatan, Belia dan Sukan serta Undang-Undang dan Reformasi Institusi.

Menerusi kesungguhan dan kerjasama semua pihak peratusan penglibatan wanita dijangka dapat bertambah.


(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Datuk Seri Nancy Shukri)

"Kita lihat berdasarkan caranya, mekanismenya. Kita hendak ikut macam Afrika, ada yang sampai 35 peratus hendak naik kepada 50 peratus, Indonesia pun ada di sesetengah tempat 30 peratus, tapi wanita berlawan dengan wanita, masih sama angka tersebut. Tapi perlu disedari dan dipersetujui oleh parti kita.

Beliau ditemui selepas merasmikan Forum Kepimpinan Politik wanita pasca PRU15 di ibu negara.

Di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim golongan wanita membentuk 23.6 peratus daripada keanggotaan kabinet.

Media Baharu