fb fb fb fb fb

BAF 2025 dijangka tarik 35,000 pengunjung  

Tingkat pertumbuhan sosioekonomi Labuan / Foto RTM

LABUAN, 13 November - Kira-kira 35,000 pengunjung disasar menghadiri Borneo Arts Festival, (BAF) 2025 yang berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.

Pelbagai tarikan baharu serta persembahan budaya diperkenalkan sepanjang penganjuran bermula hari ini hingga 17 November.

Antaranya, rumah tradisional etnik, persembahan pelbagai budaya, pameran kraftangan kebudayaan dan persembahan lampu cahaya.
 
Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Noridah Abdul Rahim turut memaklumkan, penganjuran kali ini merupakan permulaan yang lebih besar untuk Labuan.

"Festival bukan sahaja mempromosikan Labuan sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan, namun langkah usaha membantu meningkatkan pertumbuhan sosioekonomi pulau ini", katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof dijangka merasmikan festival ini.

FAUZIAH ABD RAHMAN