fb fb fb fb fb

Ketirisan data peribadi penumpang, kakitangan, Capital A diarah kemuka dokumen, bukti

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 10 Disember- Syarikat induk AirAsia, Capital A diarah mengemukakakan dokumen keterangan dan bukti data pengkomputeran kepada Pasukan Penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital.

Ia susulan insiden penggodaman data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan AirAsia.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil arahan dikeluarkan susulan pertemuan pasukan penyiasatan dengan syarikat terbabit 1 Disember lalu.


(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)

“Pasukan Penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital yang terdiri daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia (CSM), telah memulakan siasatan dengan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Capital A, yang merupakan syarikat induk kepada AirAsia pada 1 Disember 2022", katanya menerusi kenyataan.

Siasatan lanjut diteruskan bagi mengenal pasti punca pencerobohan dan impak keseluruhan insiden.

Setakat ini penelitian awal mendapati serangan siber ke atas sistem pelayan Air Asia 12 November lalu berpunca daripada akses tanpa kebenaran.

Perincian kes tidak boleh didedahkan kepada umum buat masa ini bagi mengelakkan implikasi perundangan dan mengganggu siasatan.

Media Baharu