fb fb fb fb fb

Meski tanpa timbalan menteri, agensi agama mampu bergerak dengan sokongan penjawat awam

(Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar ditemu bual media selepas merasmikan Program Munaqashah Sekretariat
Dakwah Korporat (SDK) JAKIM 2022 di Putrajaya) 

PUTRAJAYA, 10 Disember - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar yakin jabatannya mampu berfungsi dengan baik dan lancar meskipun tanpa timbalan menteri.

Beliau turut menghormati keputusan Perdana Menteri dan komited menjalankan amanah dengan sokongan para penjawat awam yang berkhidmat di jabatan tersebut.

"Di peringkat pejabat Menteri pun daripada SUSK sampai dah tu semuanya orang-orang daripada kakitangan awam kerajaan, dan kemudian saya akan dibantu oleh Datuk Hakimah dan ketua-ketua agensi, jadi saya rasa Insya-Allah sekiranya kita berjaya, Datuk Hakimah untuk gerakkan JPM bawah Hal Ehwal Agama ini, ianya akan menjadi satu 'signal' (isyarat) yang jelas kemampuan penjawat awam untuk menggerakkannya, jadi kita doakanlah yang terbaik Insya-Allah," kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan Program Munaqashah Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) JAKIM 2022, di sini hari ini.


(Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar bergambar selepas merasmikan Program Munaqashah Sekretariat
Dakwah Korporat (SDK) JAKIM 2022 di Putrajaya) 

Tambah Mohd Na'im, beliau menerima dengan hati terbuka soal ketiadaan timbalan menteri bagi portfolio itu dan mempercayai bahawa agensi-agensi agama dibawah terajunya mampu bekerjasama dengan lebih baik.

SDK JAKIM adalah sebuah Jawatankuasa Pemandu bagi melaksana program dan aktiviti dakwah dalam kalangan sektor korporat di Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 2013 dan dianggotai sebanyak 28 buah syarikat korporat antaranya Petronas, Pos Malaysia dan Malaysia Airlines.

Media Baharu