fb fb fb fb fb

Banjir di Pahang: Jumlah penduduk terjejas terus meningkat kepada 427 orang

TEMERLOH, 10 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri Pahang terus mencatatkan peningkatan kepada 427 orang melibatkan 133 keluarga, yang kini ditempatkan di empat buah pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 7 malam tadi.

Jumlah itu bertambah berbanding 410 orang daripada 124 keluarga pada pukul 5 petang.

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebanjikan Masyarakat, penduduk paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan, Temerloh, iaitu seramai 331 orang.


(Foto fail)

Ia diikuti dua PPS di Lipis iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit menempatkan 52 orang penduduk dan Masjid Kampung Beletik (27 orang).

Manakala di Bera, seramai 17 orang ditempatkan di SK Sri Buntar.

Media Baharu