fb fb fb fb fb

Perkukuh rangkaian, 120 pengamal media sertai pertandingan boling

PETALING JAYA, 10 Disember- Lebih 120 pengamal media daripada 22 agensi termasuk RTM menyertai pertandingan boling di Petaling Jaya.

Ia merupakan aktiviti tahunan anjuran DRB-HICOM bertujuan mengeratkan lagi hubungan petugas media dengan organisasi tersebut.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud berkata program sedemikian perlu bagi membina rangkaian kerjasama yang baik.

"Saya kira ia merupakan satu pembinaan, kewujudan satu rangkaian di antara media.


(Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud)

"Dengan penganjuran ini, kita harap hubungan di antara media dan juga mana-mana organisasi rangkaian yang baik bagi memudahkan kita bekerja bersama dalam erti kata yang lain kita dapat mengenal antara satu dengan yang lain bukan sahaja dengan DRB-HICOM tetapi juga dengan rakan-rakan sejawatan.

Beliau berkata demikian selepas program 'Bowling Challenge 2022' di Petaling Jaya.

Pada masa sama, Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan DRB-HICOM Mahmood Razak Bahman berkata acara sama akan diteruskan tahun hadapan di luar Lembah Klang.

"Hari ini aktiviti DRB-HICOM untuk mengeratkan hubungan dengan media. Kita amat menghargai peranan media dalam mempromosikan jenama DRB-HICOM.

"Tahun depan Insha-Allah kita akan bawa 'DRB-HICOM Media Challenge' ini ke negeri lain pula, selalunya di Lembah Klang sahaja. Mungkin juga akan diadakan di Pulau Pinang, Johor, Kuantan untuk membolehkan lebih ramai warga media di seluruh negara untuk bersama-sama meraikan kejohanan ini", katanya.

Media Baharu