fb fb fb fb fb

Terowong SMART ditutup bagi persediaan operasi banjir

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 10 Disember - Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi persediaan operasi banjir, susulan hujan lebat sejak petang tadi.

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) menerusi catatan di Twitter memaklumkan bahawa penutupan berkenaan dilaksanakan selepas menerima arahan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada pukul 7.13 malam tadi.

"Mod 3 telah diaktifkan iaitu proses penyuraian dan penutupan terowong SMART dilaksanakan oleh Pusat Kawalan Trafik SMART dan air banjir masih dilencongkan," menurut catatan tersebut.


(Terowong Lebuhraya SMART ditutup sepenuhnya kepada pengguna bagi persediaan operasi
banjir/ Foto BERNAMA)

Status Terowong Lebuhraya SMART boleh diikuti melalui laman web SMART di www.smarttunnel.com.my,  twitter@smarttunnel atau 'Smart Tunnel' di Facebook.

Orang ramai boleh menghubungi talian bantuan SMART di 1300887188 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut.

Media Baharu