fb fb fb fb fb

Tiada sebarang akaun media sosial diarah tutup - Fahmi

(FOTO RTM)

JOHOR BAHRU, 13 Mac-Kerajaan tidak pernah menutup sebarang akaun media sosial yang mengkritik kerajaan Perpaduan dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata kerajaan bersikap terbuka dalam kebebasan bersuara oleh setiap rakyat tanpa mengira ideologi politik, namun kebebasan itu bukan melibatkan kenyataan atau perkongsian berunsur fitnah.

"kita mesti berhati-hati dalam menggunakan media sosial kita ada hak bersuara, hak ekspresi, hak untuk menggunakan teknologi perkhidmat dalam talian disediakan ini, tapi kita ada undang-undang jadi aspek celik digital sangat penting", katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyantuni mangsa banjir di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru.

Katanya lagi, dakwaan mengatakan kerajaan Perpaduan bersifat kuku besi hanya tohmahan jahat yang dibuat oleh musuh politik.


(Foto Hiasan/Foto RTM)

Media Baharu