fb fb fb fb fb

KKD pandang serius isu keselamatan artis luar negara

(FOTO RTM)

JOHOR BAHRU, 13 Mac- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyerahkan siasatan kepada polis berhubung dakwaan kumpulan Radja yang mendakwa menerima ugutan bunuh dan dilemparkan kata-kata kesat.

Menteri Fahmi Fadzil berkata pihaknya mengamalkan dasar terbuka dalam pelbagai perkara termasuk bidang seni.

"Bagi saya, pihak polis telah membuat kenyataan bahawa mereka akan siasat dan difahamkan ada tangkapan beberapa individu; daripada aspek siasatan kita serah kepada polis," katanya selepas menyampaikan bantuan pascabanjir kepada penduduk Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru.

Semalam media melaporkan polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kumpulan muzik Indonesia, Radja mendakwa dihambur kata-kata kesat serta diugut bunuh, dalam kejadian malam semalam.

Mereka ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS), semalam.


(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil/Foto RTM)

Media Baharu