fb fb fb fb fb

KPT bentuk jawatankuasa khas kaji dasar pendidikan tinggi

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 13 Mac - Dasar pendidikan tinggi nasional kini sedang disemak dan dikaji secara terperinci oleh sebuah jawatankuasa khas yang dibentuk Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata jawatankuasa khas itu berperanan melihat kekuatan dan kelemahan dasar-dasar sedia ada seterusnya memberi saranan serta pandangan untuk penambahbaikan.

(Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohd Yusof Apdal)

"Keahlian jawatankuasa ini akan melibatkan tokoh-tokoh dalam pendidikan tinggi dan tokoh-tokoh terkemuka industri yang boleh menyumbang idea dan buah fikiran yang bernas secara holistik bagi meningkatkan kualiti dan prestasi penyampaian pendidikan tinggi.

"Jawatankuasa ini akan diperuntukkan masa tiga bulan untuk mengemukakan dapatan dan saranan penambahbaikan yang bakal menjadi asas pembangunan pelan induk pendidikan tinggi negara," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah di Dewan Rakyat.

Tambah Mohd Yusof, dasar-dasar yang sudah tidak relevan akan dihentikan atau ditambah baik serta diperkemas. 

Pada masa sama cadangan dasar-dasar baharu akan dibuat sesuai cabaran dan perkembangan semasa.

Media Baharu