fb fb fb fb fb

Tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat salah laku rasuah - PM

FOTO BERNAMA

SINTOK, 8 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada pimpinan Kerajaan Perpaduan terlibat dengan salah laku rasuah dalam tempoh pentadbirannya.

Justeru, ia membuktikan tekad beliau dalam menghapuskan amalan berkenaan dan menolaknya sehingga ke akar umbi.

"Negara kita kaya dari sudut hasil. Negara kita pernah mencatat kejayaan yang lebih baik, rosak punah kerana malapetaka rasuah. Kerja menyakau tiap kontrak, projek, semua mesti ada pulangan kepada keluarga.

Percayalah saya tidak akan tolak ansur dalam usaha memerangi rasuah dan kerja sakau kepada rakyat," kata Anwar berucap semasa Program Temu Anwar, di Kedah hari ini.

Kerajaan Perpaduan tidak terkecuali daripada terus menerima tohmahan tidak berasas dalam cubaan menjatuhkannya.

Beliau juga tidak pernah memberi jaminan kepada sesiapa bahawa mereka akan dilepaskan daripada hukuman sekiranya didapati bersalah.

Program Temu Anwar dihadiri kira-kira 5,000 mahasiswa dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Kedah dan Perlis di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perkara itu pada Program
Temu Anwar di Kedah hari ini)

Sementara itu, sistem kuota Melayu dan Bumiputera dalam institusi pendidikan dikekalkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara.

"Program begitu harus kita kekalkan supaya tidak tempang. Contoh dalam fakulti seperti perubatan, maka jumlah anak-anak Melayu itu akan sangat kurang. Keadaan tentunya akan berubah, keputusan akademik anak-anak Melayu pun ada yang baik di sini atau luar negara,"

Beliau juga optimis jika sistem itu tidak dikekalkan, ia boleh mengakibatkan ketidakseimbangan pelajar Melayu khususnya dalam jurusan tertentu khususnya perubatan dan kejuruteraan.

Media Baharu