KUALA TERENGGANU, 8 Julai- Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan petisyen pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu.
Hal itu dimaklumkan Peguam, Wan Rohimi Wan Daud yang mewakili Datuk Ahmad Amzad Hashim, calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu sewaktu pilihan raya umum yang lepas.
"Keputusan itu disahkan Presiden PAS, Tan Seri Abdul Hadi Awang dalam mesyuarat PAS Pusat yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Terengganu.
"PAS bersedia untuk terus diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, serentak dengan Pilihan raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) yang akan diadakan pada 12 Ogos ini," katanya kepada pemberita di sini.
Pada 27 Jun lepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Hakim, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril dilaporkan berkata, pihak pempetisyen, iaitu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Zubir Embong, berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.
(Pada 27 Jun lepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan
Ahmad Amzad pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15))
Berita Berkaitan
PRU DUN ke-15: Pas Terengganu berhati-hati dalam kempen