fb fb fb fb fb

PPPM disaran ceburi bidang perniagaan berasaskan botol plastik

FOTO BERNAMA

KUALA SELANGOR, 8 Julai- Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyarankan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) menceburi bidang perniagaan menggunakan bahan-bahan yang dikitar semula khususya daripada botol plastik.

Menurut pengalaman Tunku Azizah semasa di England, baginda melihat botol plastik dicairkan bersama hampas padi dari India untuk dijadikan benang.

"Benang itu ditenun untuk mebuat permaidani, beg, selimut pun ada. Ia adalah barang kitar semula. Jadi, saya ingin menyatakan bahawa kalau kita semua kutip botol-botol yang ada di Malaysia, maka kita boleh buat satu perniagaan daripada usaha itu," titah baginda dalam ucapan perasmian Program Plastic Busters Beach, di sini.

Program tersebut dijalankan bagi mendidik masyarakat untuk tidak membuang sampah merata-rata di kawasan pantai dan sungai.

Aspek kebersihan harus dijaga bersama demi menjamin kesihatan awam dan keindahan alam semula jadi.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin merangkap Penaung Diraja PPPM Cawangan Selangor, Yang Dipertua PPPM, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Seramai 1,000 ahli PPPM terlibat dalam menjayakan program itu.


(Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah/BERNAMA)

Media Baharu