fb fb fb fb fb

Tiada pihak ketiga kendali perkhidmatan penerbangan premium umrah- Batik Air

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Batik Air mengesahkan tiada pihak ketiga dalam pengendalian perkhidmatan penerbangan sewa premium untuk jemaah umrah di Arab Saudi.

Justeru, orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan skim penipuan sedemikian dan tidak membuat sebarang bayaran kepada pihak ketiga.

Batik Air menerusi satu kenyataan memaklumkan, orang ramai boleh terus menghubungi syarikat penerbangan itu bagi mengesahkan sebarang maklumat.

Berhubung kes penipuan itu, Batik Air telah membuat laporan polis secara rasmi kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pihaknya telah meminta siasatan menyeluruh dilaksanakan terhadap aktiviti penipuan itu untuk mengelakkan orang awam daripada terus ditipu.

(FOTO HIASAN)

Media Baharu