PUTRAJAYA, 29 Mei- Tiada perbincangan mengenai sebarang rombakan Kabinet.
Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
“Ya, ada perjumpaan dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tadi pada pukul 2 petang.
“Saya tidak dimaklumkan ada perubahan menteri. Perdana Menteri kata Menteri Pengangkutan kekal,” katanya ketika mengulas mengenai pertemuan bersama Perdana Menteri, hari ini.
Kenyataan itu menyusul selepas Datuk Seri Anwar menafikan akan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat.
Semalam, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan pengunduran mereka dari jawatan tersebut.