fb fb fb fb fb

Tiada perancangan bina UTC baharu di Klang

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 25 Ogos -Tiada perancangan mewujudkan satu lagi Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Selangor khususnya daerah Klang. 

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menjelaskan kementeriannya ketika ini memberi fokus utama bagi meningkatkan keberkesanan UTC sedia ada.

''Buat masa ini fokus utama Kementerian Kewangan memperkukuh keberkesanan UTC sedia ada termasuk menambah baik kemudahan dan penyelenggaraan serta pelaksanaan pendigitalan perkhidmatan.

''Usaha ini selaras dengan transformasi penyampaian perkhidmatan awam demi memberi manfaat kepada rakyat secara amnya, secara khususnya kepada pelanggan UTC,'' katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Klang, di Parlimen.

Selain UTC di Shah Alam, Lim Hui Ying memberitahu penduduk di ketiga-tiga daerah tersebut boleh mendapatkan perkhidmatan menerusi beberapa pejabat agensi utama kerajaan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Klang.

TETITIA YUSOFF