fb fb fb fb fb

Tiada penangguhan bagi pindaan RUU dibawah Akta Perlembagaan-Pindaan 2022 Anti Lompat Parti

KUALA NERUS, 9 April - Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) dibawah Akta Perlembagaan-Pindaan 2022 Anti Lompat Parti tidak ditangguhkan, dan akan dibawa ke sidang Parlimen Isnin ini.

Pindaan tersebut adalah bagi membolehkan sekatan keatas mana-mana Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti.

Jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa, setiap penggubalan akta yang berkaitan dengan soal perlembagaan perlu mengikut jalur yang betul serta mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

Malah hasil perbincangan beliau dengan pihak pembangkang beberapa hari lalu, menunjukan kata sepakat dan persetujuan dicapai mengenai perkara tersebut.

(Annuar bercakap kepada pemberita selepas Majlis Iftar bersamanya
dengan Wakil Pemimpin Negeri Terengganu (UMNO))

"Ada pula yang mengatakan kabinet tolak. Itu sememangnya tidak betul. Tidak timbul soal timbul soal tolak. Tapi perlu dibuat mengikut susunan. Dan oleh kerana ada beberapa pilihan, kabinet sebulat suara memilih pendekatan dua langkah. Meminda terlebih dahulu perlembagaan dan selepas itu membawa undang-undang khusus yang dapat mengurangkan dengan terperinci tentang larangan bertukar parti," menurut Annuar.

Jika meperolehi persetujuan dua pertiga ahli dewan parlimen pada hari Isnin ini, Perlembagaan Persekutuan akan dipinda dengan memasukkan fasa baharu kedalam Perkara 10.

Iaitu berkaitan dengan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.


Media Baharu