fb fb fb fb fb

Tiada pelepasan cukai kepada OKU beli kenderaan bermotor

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 22 Jun - Kerajaan belum bercadang memberi rebat pelepasan cukai kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam kategori B40 dan M40 bagi pembelian kenderaan bermotor.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata bagaimanapun pengecualian cukai pendapatan sedia ada diberikan kepada OKU B40 dan M40 sebanyak RM400 bagi yang berpendapatan kurang RM35,000.

(Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong)

"Layanan cukai sedia ada dilihat memadai bagi meringankan beban golongan OKU bagi kategori B40 dan M40. Walau bagaimanapun, kerajaan akan sentiasa mengkaji dan menambah baik dasar percukaian sedia ada dari semasa ke semasa seiring dengan persekitaran ekonomi," kata Steven ketika menjawab pertanyaan Senator Isaiah D Jacob di Dewan Negara, hari ini.

Tambah Sim, bagi perbelanjaan membeli peralatan sokongan asas pula golongan tersebut juga layak menerima potongan cukai sehingga RM6,000 dan tambahan RM6,000 lagi sekiranya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Media Baharu