fb fb fb fb fb

Hari Bertemu Rakyat: Selesai aduan rakyat dalam tempoh dua minggu- Ketua Menteri Melaka

(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Program Hari Bertemu Rakyat Kerajaan
Negeri Melaka di MITC, Ayer Keroh hari ini)

AYER KEROH, 22 Jun- Jawapan atau maklum balas kepada segala aduan yang diterima pada Hari Bertemu Rakyat Kerajaan Negeri Melaka hari ini harus dikembalikan kepada pengadu dalam tempoh dua minggu.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, jawapan perlu diberikan secara bertulis walaupun ia tidak dapat diselesaikan.

Katanya, ia juga adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi jabatan-jabatan yang telibat dalam menyelesaikan segala aduan yang diajukan rakyat.

"Semua permasalahan akan diteliti akan dibawa ke mesyuarat- mesyuarat. Kita adakan Program Hari Bertemu Rakyat (Open Day) hari ini untuk memberi peluang kepada semua rakyat Melaka bersemuka dengan pemimpin Kerajaan Negeri daripada peringkat exco sehingga agensi-agensi kerajaan terlibat.

“Penyelesaian ada dua, satu boleh diselesaikan dan satu tidak boleh diselesaikan, tetapi mereka tetap mendapat keputusan selepas dua minggu secara bertulis atas aduan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Jun 2023 dan Program Hari Bertemu Rakyat (Open Day) Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.


(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan dan lain-lain barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Sebanyak 67 jabatan dan agensi termasuk Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Negeri Melaka, Jabatan Persekutuan Negeri Melaka dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyertai program terbabit.

Tambah Ab Rauf, program Hari Bertemu Rakyat berkenaan adalah platform orang ramai untuk berinteraksi dan mengajukan segala aduan secara terus bersama Ketua Menteri, Exco, Timbalan Exco dan Ketua-Ketua Jabatan terlibat.

Media Baharu