fb fb fb fb fb

Kamera badan: JPJ masih kaji penggunaan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 22 Jun-Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini di peringkat kajian kebolehlaksanaan berhubung penggunaan kamera badan atau BWC (Body Worn Camera) bagi anggota penguatkuasaan agensi itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata kajian itu membabitkan pelaksanaan siri-siri Proof of Concept (POC) bagi mengkaji pelbagai aspek  melibatkan perundangan, pengoperasian, serta keberkesanan bagi meningkatkan integriti ketika melaksanakan aktiviti penguatkuasaan.

"Camera (BWC) atau Kamera Badan bagi anggota penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sememangnya sedang dalam penelitian Kementerian Pengangkutan (MOT).

"MOT berpandangan bahawa penggunaan BWC bukan sahaja dapat meningkatkan integriti penguatkuasaan JPJ semata-mata, malah berupaya untuk melindungi anggota-anggota penguatkuasa JPJ daripada pelbagai tohmahan atau tuduhan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab", katanya ketika soalan Senator Aziz Ariffin.

Menurut Hasbi lagi, sehingga kini tiga buah syarikat yang menawarkan POC kepada JPJ dan dilaksanakan secara berperingkat.

Kajian tersebut bakal berakhir pada 30 September depan dan laporan penuh akan dihantar ke MOT bagi proses selanjutnya.


(Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah/FOTO BERNAMA)

Media Baharu