fb fb fb fb fb

Tiada mesyuarat khas di DUN Sarawak bincang pelantikan TYT

FOTO HIASAN

KUCHING, 21 Januari- Tiada mesyuarat khas diadakan di Dewan Undangan Negeri Sarawak, DUN bagi membincangkan pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pejabat Premier Sarawak dalam satu kenyataan ringkas menerusi aplikasi Whatsapp yang dikeluarkan petang ini.

Kenyataan tersebut menyebut perkara berkenaan menarik perhatian Pejabat Premier Sarawak berikutan laporan media yang menyatakan ada mesyuarat khas berlangsung di DUN berhubung perkara itu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE