fb fb fb fb fb

Tan Sri Devaki sangat komited, berkhidmat hingga akhir hayat- Presiden MIC

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran

SHAH ALAM, 21 Januari- Mendiang Tan Sri Devaki Krishnan disifatkan seorang tokoh pemimpin wanita yang cukup komited dan sentiasa berkhidmat kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya, kata Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.

Pemergiannya pada usia 100 tahun turut memberi kesan mendalam bukan sahaja kepada golongan wanita malah masyarakat umumnya.

"Mendiang tetap komited menghadiri program walaupun tidak dapat berjalan, kami berasa sedih kehilangan seorang tokoh yang telah berkhidmat kepada masyarakat, tokoh wanita MIC dan Malaysia,"katanya.

Mendiang Devaki merupakan antara individupenting yang terlibat dalam penubuhan bahagian wanita MIC serta berkhidmat sebagai Setiausaha Wanita MIC Kebangsaan yang pertama pada 1975.

Mendiang juga adalah wanita India pertama dianugerahkan gelaran Tan Sri pada 1995 selain pernah menerima pelbagai anugerah sepanjang hayatnya termasuk Tokoh Wanita dan Pingat Emas Tun Fatimah daripada NCWO.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE