fb fb fb fb fb

Tiada laporan kenaikan harga air minuman botol - KPDN Melaka

AYER KEROH, 12 Mei- Tiada laporan berkaitan kenaikan harga atau kekurangan bekalan air minuman botol di Melaka setakat ini.
 
Menurut Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar pemantauan dilaksana pihaknya sejak minggu lalu juga mendapati jualan air minuman botol itu mencukupi di pasaran.
 
"Rata-rata pemantauan setakat ini, tiada isu lagi di Melaka. Air minuman dan air mineral ini masih terdapat lambakan di Melaka, namun kita akan terus pantau.

Bulan Jun ini, kita jangkakan ada kenaikan suhu panas, maka kita tengok macam mana. Kita akan laporkan dari semasa ke semasa," kata Norena kepada pemberita dalam sidang media, hari ini.
 
Tambahnya, langkah berjaga-jaga tetap diambil KPDN Melaka bagi memastikan bekalan tidak terputus khususnya sepanjang musim cuaca panas dijangka hingga September nanti.


(Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar)
 

Media Baharu