fb fb fb fb fb

Bendung barang tiruan di Melaka, KPDN giatkan operasi

KRUBONG, 12 Mei- Pemantauan berterusan akan dilaksana penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka dalam usaha mengekang penjualan barangan tiruan di lokasi tumpuan awam di negeri itu.
 
Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar berkata langkah bertujuan menjaga imej Melaka sebagai negeri pelancongan.

Terbaharu, pada 11 Mei lalu pihaknya telah merampas pelbagai barangan seperti kasut, selipar dan tali pinggang jenama Hermes dipercayai tiruan yang di jual di empat buah premis sekitar Melaka Tengah.
 
Rampasan bernilai lebih RM3,000 itu dilaksana hasil laporan dan siasatan wakil pemilik cap dagang itu.
 
"Sebab itu kita mohon terutama kawasan tumpuan pelancongan ini, mereka tidak menjual barangan tiruan. Ini kerana pihak kami ada menerima aduan yang agak membimbangkan.

Maksudnya, semakin lama, ia makin berleluasa," kata Norena kepada pemberita dalam sidang media mengenai rampasan, di sini.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (C) Akta Cap Dagangan 2019 dan Seksyen 41 (1) (d) Akta Hak Cipta 1987.


(Foto Fail)


 

Media Baharu