fb fb fb fb fb

Elak ditipu, KEDA nafi keluarkan borang permohonan PPD Binjal

ALOR SETAR, 12 Mei- Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menafikan bahawa pihaknya telah mengeluarkan borang permohonan bagi Projek Perumahan Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Binjal di daerah Kubang Pasu kepada orang ramai.
 
Penafian itu berikutan KEDA menerima maklumat daripada orang ramai bahawa berlaku aktiviti menjual borang permohonan itu dengan harga antara RM30 hingga RM50 daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
 
Pengurus Besar KEDA, Datuk Kamarudin Abd Akib berkata pihaknya mengetahui mengenai aktiviti penjualan borang itu apabila ada individu yang datang ke pejabat untuk bertanyakan mengenai status permohonan mereka.

"Sebenarnya, KEDA belum mengeluarkan tawaran kepada pemohon-pemohon. Jadi, saya nak menyerulah kalau ada pihak yang melakukan aktiviti penjualan borang ini, mohon abaikan saja.

KEDA akan mengeluarkan borang rasmi, KEDA ada kod keselamatan, ada nombor siri dia yang tak boleh ditirulah. Jadi, kita bagi borang ini secara percuma, kita tak jual," kata Kamaruddin kepada pemberita di pejabat KEDA, di sini.


(Pengurus Besar KEDA, Datuk Kamarudin Abd Akib)

Projek perumahan PPD Binjal yang mula dibina pada tahun 2021 itu menawarkan 50 unit rumah dan dijangka siap pada Ogos depan.
 
Ia boleh diduduki sepenuhnya pada tahun hadapan.
 

Media Baharu