MALIM, 18 Januari - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka tidak akan berkompromi dengan Pemandu Warga Asing (PeWA) yang didapati melanggar peraturan jalan raya.
Menurut Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff, berdasarkan risikan anggotanya menemukan beberapa kes membabitkan pemilik kenderaan iaitu orang tempatan yang memberi kebenaran kepada warga asing tanpa lesen untuk menggunakan kenderaan mereka.
Justeru beliau meminta supaya pemilik kenderaan dalam kalangan orang tempatan tidak memberi pinjam, sewa atau menjual kenderaan kepada warga asing yang tidak layak memiliki lesen.
"Setakat bulan ini, Januari dari 1 hari bulan hingga 17 hari bulan kita sudah jalankan dalam dua kali pemeriksaan mengejut dan yang mengejutkan dan setakat dua pemeriksaan yang kita buat itu, sebanyak 11 buah jenderaan yang telah kita sita dan pemeriksaan mengejut itu masih kita akan adakan juga, tapi antara masa tempat tu akan dimaklumkan kemudian," kata Muhammad Firdaus di sini.
(Muhammad Firdaus bercakap kepada pemberita selepas sidang media OPS Depoh TBC 2023 di sini)
Pihaknya melakukan operasi secara mengejut bagi mengelakkan modus operandi pemandu asing tanpa lesen itu berubah.