KUALA LUMPUR, 18 Januari- Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi di Indonesia pada pukul 8.34 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 146km itu berlaku pada jarak 69 km tenggara dari Gorontalo, Indonesia.
(Foto fail)
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.