fb fb fb fb fb

Tiada kompromi, kejar golongan 'maha kaya' elak bayar cukai- PM

(Perdana Menteri ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi)

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam memastikan golongan 'maha kaya' membayar cukai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap individu yang melarikan wang negara sama ada kes baharu atau lama.

"Dan ini berlaku saya telah arahkan semua siasatan dilakukan termasuk 'Pandora Papers' malangnya ada yg berhormat macam Tasek Gelugor pertahankan pelari cukai, kononnya kes lama.

"Saya tidak peduli kes lama atau baharu, kalau kamu tipu atau rasuah atau curi wang negara bayar balik,"katanya.

Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu