fb fb fb fb fb

Projek ECRL dijangka siap awal tahun 2027

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan sebanyak 39.64% setakat Januari 2023.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ia dijangka siap sepenuhnya pada awal tahun 2027.

"Apabila siap kelak, ECRL akan menghubungkan Stesen Kota Bharu di Kelantan dengan Stesen ITT Gombak di Kuala Lumpur dalam masa lima jam sahaja.

"Sehingga bulan Januari 2023, pembinaan keseluruhan projek ini telah mencapai kemajuan sebanyak 39.64%.

"Rakyat Pantai Timur dijangka dapat menikmati kemudahan ini seawal tahun 2027 apabila projek ini siap sepenuhnya," katanya.

Pihaknya juga sedang membaik pulih landasan meter gauge di Pahang dan Kelantan bagi menambah keselesaan serta meningkatkan perkhidmatan keretapi.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Tumpat, Mumtaz Md Nawi.

Media Baharu