fb fb fb fb fb

Lelaki lemas ketika menjala ikan

MELAKA, 14 Mac- Seorang lelaki Orang Asli ditemui lemas dipercayai terjatuh di tapak lombong lama, di Felda Mergong, Alor Gajah, Melaka.

Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar, mangsa yang berusia 33 tahun dilaporkan terjatuh ke dalam lombong berkenaan kira-kira jam 7.09 minit malam semalam ketika menjala ikan bersama 2 rakannya.


(Anggota bomba mencari Orang Asli yang lemas) 

Operasi mencari dan menyelamat SAR terpaksa dihentikan tengah malam tadi berikutan keadaan cuaca gelap dan disambung semula pada jam 8.30 pagi tadi.

Hasil pencarian pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), mangsa ditemui di kedalaman 4.5 meter pada jam 9.17 pagi, selepas 2 minit operasi pencarian bermula.

Mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Seramai 24 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah dan Melaka Tengah bersama 8 anggota polis dari Balai Polis Hutan Percha dan Machap dengan bantuan orang awam terlibat dalam operasi SAR berkenaan.

Media Baharu