fb fb fb fb fb

Peniaga di Perak boleh dapat bantuan GeRAK

IPOH, 14 Mac- Peniaga di Perak boleh mendapatkan bantuan melalui Geran Usahawan Perak (GeRAK) untuk membeli kelengkapan peralatan menjelang Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Salbiah Mohamed berkata, bantuan tersebut telah disediakan menerusi peruntukan belanjawan negeri baru-baru ini khusus membantu golongan usahawan dan peniaga kecil.

Ujarnya, permohonan untuk GeRAK akan ditutup pada 25 Mac ini yang menyediakan bantuan maksimum RM2,000 bagi kos pembelian peralatan, modal perniagaan dan lain-lain lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan
Pembangunan Usahawan Perak, Salbiah Mohamed / FOTO BERNAMA

Manakala, program Usha Usahawan memberi fokus dalam membantu para usahawan mikro di Perak yang memerlukan bantuan bagi membina semula perniagaan selepas terjejas akibat pandemik COVID-19.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika hadir merasmikan Bual Bicara sempena Sambutan Hari Wanita Negeri Perak 2023 anjuran Kelab Wanita Ikon Malaysia di Dewan Serbaguna Bangunan Darul Ridzuan.

Media Baharu