fb fb fb fb fb

Kerajaan komited perangi Islamofobia

(Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin menjawab
pertanyaan Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan)

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Komitmen kerajaan dalam memerangi Islamofobia dizahirkan menerusi pelbagai program ilmu dan dialog.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, ia senada seruan Pertubuhan Kerjasama Islam, OIC bagi memberi kefahaman merentas agama.

Antara usaha yang telah dilaksana, termasuk Forum Antarabangsa Islamofobia pada 27 Februari lepas.

"Bagi menyahut seruan OIC, ada beberapa program besar yang telah dianjurkan bersama Kementerian Luar, Jabatan Perdana Menteri dan Internatioanl Institute of Islamic Thought (IIT), antaranya menganjurkan Forum Antarabangsa Islamofobia yang bertemakan 'Libat Serta Bermakna Melalui Wacana MADANI'.

"Ini adalah salah satu prgram yang kerajaan sentiasa menyebarkan mesej perangi Ismalofobia di negara ini. Saya harap lebih banyak forum merentas agama akan diadakan supaya kita faham tentang penghormatan, perlindungan kitab suci al-Quran malah menghormati perbedaan agama negara ini,"katanya.

Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) beramah mesra bersama
para tetamu yang hadir pada Forum Antarabangsa: Pendekatan MADANI
Mendepani Cabaran Islamofobia / BERNAMA)

Media Baharu