fb fb fb fb fb

MDEC jalin kerjasama dengan KPMG perbanyakan syarikat 'unicorn'

(Program pertukaran dokumen kerjasama antara MDEC dan KPMG di Cyberjaya)

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Bagi mempercepat pertumbuhan syarikat pemula niaga teknologi berstatus 'unicorn', Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menjalin kerjasama dengan firma perkhidmatan profesional, KPMG.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Eksport Digital MDEC Gopi Ganesalingam berkata, menerusi kolaborasi berkenaan, KPMG akan menyediakan sokongan perundingan dan nasihat bagi program Pusat Kecemerlangan Pengasas kendalian MDEC.

"Menerusi Program FOX, kami akan mengenal pasti dan melaksakana inisiatif intervensi untuk mempercepatkan penilaian terhadap syarikat yang terlibat dan ini merupakan faktor mengapa MDEC menjalin kerjasama dengan KPMG,"katanya.

Tonggak utama program FOX merangkumi intervensi polisi, pengembangan perniagaan, pelaburan bernilai tinggi, perundingan serta pemerolehan bakat dan bimbingan.

Bercakap pada program pertukaran dokumen kerjasama antara MDEC dan KPMG di Cyberjaya, jelasnya negara mensasarkan untuk melahirkan lima syarikat berstatus 'unicorn' dari Malaysia menjelang 2025.


(Naib Presiden Kanan dan Ketua Eksport Digital MDEC Gopi Ganesalingam)

Media Baharu