fb fb fb fb fb

STR Fasa 2 diberi awal April

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dijangka bakal diagihkan pada awal April.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan agar menyegerakan agihan bantuan berkenaan bagi meringankan beban rakyat menjelang Aidilfitri.

Beliau turut menggalakkan masyarakat yang layak agar memohon sebelum 31 Mac bagi mempercepatkan agihan peruntukan.

"Saya telah memaklumkan kementerian supaya meringankan beban mereka agar agihan dibuat pada pertengahan Ramadan (STR Fasa 2) atau awal April sebelum raya.

"Kita akan keluarkan untuk golongan B40.

"320,103 orang telah mendaftar dan terima, yang layak minta pohon segera sebelum 31 Mac," katanya.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Beliau menjawab pertanyaan wakil Ahli Parlimen Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammad Taufiq Johari.

Sehingga kini, seramai 8.7 Juta individu menerima STR Fasa 1.

Media Baharu