fb fb fb fb fb

Pengukuhan dolar tidak jejaskan hasil dan perbelanjaan negara- PM

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Pengukuhan dolar Amerika tidak menjejaskan hasil dan perbelanjaan negara.

Malah, ringgit masih berdaya tahan berbanding rupiah, yen dan pound.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komitmen hutang 1MDB juga menjadi faktor kepada penyusutan ringgit berbanding dolar Amerika.

Sekali gus memberi kesan kepada import benih dan baja.

"Pengukuhan dollar ini tidak menjejaskan hasil dan pembelanjaan kerajaan, ia diberi kesan kepada bahan makanan terutama import benih dan baja, disebabkan kementerian berkaitan dengan ekonomi pertaninan menekankan hal sama,"katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Mohamed@Hashim.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu