fb fb fb fb fb

Tender tebatan banjir lalui proses "secara pantas"

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Proses tender tebatan banjir dilaksanakan secara tender terhad namun ia melalui proses "secara pantas."

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun kaedah rundingan terus dihentikan, penganugerahan tender secara pantas tersebut mampu menyegerakan pembinaan tebatan banjir bermula Julai ini.

"Memang diperkenalkan sistem tender terhad dan saya minta "fast track" sebab banjir.

"Kalau kita gunakan proses tender biasa tak boleh dalam Jun dan Julai, sebab itu saya minta buat "fast track" supaya dapat diselesaikan bulan Jun dan "take off" bulan Julai," katanya.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Beliau memaklumkan setakat ini belum ada kelulusan kepada mana-mana syarikat.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Kubang Kerian, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan langkah segera kerajaan dalam pembinaan tebatan banjir.

Media Baharu