fb fb fb fb fb

Tiada ketetapan pengedaran borang Kad Perak Sejahtera - EXCO

FOTO BERNAMA

IPOH, 22 Mei- Tiada ketetapan kepada mana-mana parti untuk mengedarkan borang permohonan Kad Perak Sejahtera sebaliknya semua pihak boleh mendapatkan borang tersebut melalui Sekretariat Pembangunan Wanita Negeri Perak.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Salbiah Mohamed berkata, Program Kad Perak Sejahtera atau dikenali sebagai Program Kad Perak Prihatin sebelum ini telah dilaksanakan sejak tahun 2019.

Jelas beliau, kerajaan negeri kekal dengan pendirian kesamarataan dalam soal kebajikan kerana ia melibatkan soal kemanusiaan bukan politik malah pandangan kononnya ada unsur politik kepartian adalah tidak benar.

"Program Kad Perak Sejahtera ini diselaraskan oleh Sekretariat Pembangunan Wanita Negeri Perak. YB boleh buat carian di laman web ataupun boleh emel atau berhubung terus dengan sekretariat wanita.

Program ini kita tidak ada fokus hanya bagi kepada parti-parti tertentu sahaja," kata Salbiah bercakap dalam sesi pertanyaan lisan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.


(FOTO BERNAMA)

Tambahnya, kerajaan negeri telah menjalankan proses pemutihan dan siasatan di lapangan bersama Jabatan Audit, penghulu dan pihak berkepentingan untuk melihat sendiri proses mengenal pasti status pemegang kad.

Hasil daripada itu, Jawatankuasa Pengurusan Program Perak Sejahtera Bil 1/2023 pada 28 Februari 2023, sejumlah 3,831 orang penerima telah ditamatkan daripada menerima bantuan berkenaan kerana meninggal dunia dan atas faktor lain.

Media Baharu