(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 4 April- Tidak ada sebab untuk Malaysia terus bergantung kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menarik pelaburan ke dalam negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rundingan pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara lain sepatutnya menggunakan mata wang ringgit dan mata wang negara terlibat.
"Yang lebih besar daripada itu adalah tentang Tabung Kewangan Asia dan ia pernah dicadangkan dahulu tetapi tidak mendapat sambutan di Asia kerana pada masa itu kekuatan dolar AS sangat kukuh," katanya di Parlimen, di sini.
Dalam pada itu, Anwar berkata RM1.7 bilion diperuntukkan untuk membantu menyelesaikan isu doktor kontrak.
Ia dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh tiga tahun.
Perdana menteri menjelaskan penyerapan doktor lantikan kontrak ke jawatan tetap itu perlu dilaksanakan secara berperingkat.
Jelasnya, seramai 4,300 daripada 20,333 doktor kontrak akan diserap ke jawatan tetap tahun ini.
(Foto BERNAMA)