(Foto BERNAMA)
KOTA BHARU, 4 April- Sebanyak 85 permohonan permit menjual mercun dan bunga api diterima polis Kelantan daripada peniaga di negeri itu, setakat minggu lepas.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata daripada jumlah itu, 34 permit diluluskan, 48 dalam proses manakala tiga lagi ditolak.
Pihaknya menjangkakan lebih ramai peniaga yang akan membuat permohonan dalam tempoh terdekat.
"Tiada sebarang halangan kepada sesiapa untuk mendapatkan permit asalkan mereka memenuhi syarat ditetapkan serta tidak menggugat keselamatan orang ramai.
"Saya menjangkakan ramai lagi akan buat permohonan dan tidak akan ada sekatan ke atas permohonan ini selagi ia memenuhi syarat ditetapkan.
"Polis Kelantan juga akan memantau penjualan mercun dan bunga api agar ia tidak disalah guna," katanya kepada pemberita di sini.
(Foto BERNAMA)