(Foto BERNAMA)
SHAH ALAM, 4 April- Selangor mempunyai pemilikan hartanah tertinggi di Malaysia dengan hampir dua juta milikan.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1.2 juta membabitkan pemilikan komersial dan individu.
"Kita mempunyai 500,000 pegangan dalam hak milik strata atau milikan bertingkat. Secara keseluruhan sebanyak 1.8 juta atau hampir dua juta pegangan hartanah di Selangor. Kalau ada beberapa projek yang sedang berlangsung di daerah Selangor ini, pemilikan hartanah ini boleh dicapai dua juta dalam tempoh dua hingga tiga tahun dari sekarang," katanya kepada pemberita di sini.
Kewujudan pusat setempat ini menjadi satu keperluan bagi membantu mempercepatkan pelbagai urusan berkaitan tanah .
Antara perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan adalah berkaitan urusan penghantaran dokumen serahan tanah dan strata, pungutan perserahan dan pembayaran cukai tanah dan fi.
(Foto BERNAMA)