Tiada kempen, operasi khas wajibkan rakyat tukar alamat pada MyKad – JPN

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 23 Julai – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan tiada kempen khusus sedang dilaksanakan bagi mewajibkan orang ramai mengemas kini atau menukar alamat tempat kediaman pada kad pengenalan (MyKad) masing-masing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 mewajibkan penggantian alamat MyKad jika tinggal di alamat baru 90 hari atau lebih.
  • Tanggungjawab memastikan maklumat pada MyKad sentiasa tepat dan terkini terletak pada setiap pemilik MyKad.
  • Orang ramai dinasihat tidak menyebarkan dakwaan kerajaan memaksa tukar MyKad atau mencari keuntungan kerana boleh mengundang kekeliruan.
  • Dapati maklumat daripada saluran rasmi JPN dan rujuk jabatan untuk sebarang kemusykilan berkaitan peraturan atau urusan perkhidmatan.

JPN dalam hantaran di media sosial turut memaklumkan tiada operasi khas dijalankan bagi mengambil tindakan ke atas rakyat Malaysia yang belum mengemas kini alamat pada MyKad.

Menurut jabatan itu, kewajipan mengemas kini maklumat telah lama diperuntukkan di bawah Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPPN 1990).

“Tanggungjawab memastikan maklumat pada MyKad sentiasa tepat dan terkini adalah terletak pada setiap pemilik MyKad.

“Sekiranya berlaku perubahan kepada alamat kediaman yang baharu dan kekal, pemilik MyKad digalakkan hadir ke JPN untuk mengemas kini maklumat tersebut,” menurut JPN dalam satu hantaran di media sosialnya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan dakwaan bahawa kerajaan sedang memaksa semua rakyat menukar MyKad atau mencari keuntungan melalui pelaksanaan Peraturan 15 kerana dakwaan berkenaan tidak menggambarkan keadaan sebenar serta boleh mengundang kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Dakwaan sedemikian tidak menggambarkan keadaan sebenar serta boleh mengundang kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat.

“Sentiasa dapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak membuat tafsiran sendiri berdasarkan perkongsian yang tidak lengkap atau di luar konteks,” menurut hantaran itu.

JPN turut mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak membuat tafsiran sendiri berdasarkan perkongsian yang tidak lengkap atau di luar konteks.

Sebarang kemusykilan berkaitan peruntukan undang-undang atau urusan perkhidmatan JPN boleh dirujuk terus kepada saluran rasmi jabatan itu bagi memastikan maklumat yang diterima adalah tepat.

Sebelum ini, tular dakwaan di media sosial bahawa kegagalan mengemas kini alamat selepas berpindah tempat kediaman boleh menyebabkan seseorang berdepan tindakan undang-undang termasuk denda sehingga RM20,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990, sekiranya seseorang bertukar tempat kediaman dengan tempoh tinggal adalah 90 hari atau lebih, penggantian penukaran alamat pada kad pengenalan perlu dibuat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.