fb fb fb fb fb

Tiada jangkitan ASF di ladang babi komersial di Negeri Sembilan

(Foto hiasan)

JELEBU, 29 Januari- Tiada jangkitan baharu berkaitan penyakit African Swine Fever (ASF) atau Demam Babi Afrika yang direkodkan di ladang babi komersial di Negeri Sembilan, setakat ini.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Bakri Sawir berkata, laporan terkini menyatakan hanya seekor babi hutan yang dikesan positif penyakit itu pada 3 Januari lalu.

Tambahnya, orang ramai tidak perlu panik kerana penyakit ASF tidak berjangkit pada manusia.

"Ia bukanlah satu penyakit zoonotik yang boleh berjangkit kepada manusia. Tidak, ASF bukan penyakit zoonotik," katanya ketika ditemui media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang, di sini.

Ujarnya lagi, jangkitan ASF di Negeri Sembilan ketika ini adalah terkawal.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai agar segera melaporkan kejadian kematian babi hutan atau ternakan komersial kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dengan segera untuk tindakan selanjutnya.

(Foto hiasan)

Media Baharu