fb fb fb fb fb

Jangan 'sepit' rakyat dalam drama pergaduhan ahli politik - PM

(Anwar Ibrahim)

IPOH, 29 Januari- Semua pemimpin diingatkan supaya tidak menyusahkan rakyat ketika mereka mempunyai kuasa kerana rakyat seharusnya merasai nikmat di negara ini dan bukannya tersepit dalam drama pergaduhan di antara pemimpin termasuk dalam kalangan ahli politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin seharusnya menggunakan kuasa yang ada untuk membantu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

"Bila saya sebut Malaysia kena selamatkan, untuk siapa? Ia adalah untuk Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan dan bukan untuk orang atas (pemimpin).

"Negara ini banyak hasil tetap kenapa orang kaya makin kaya dan orang miskin makin ramai. Sebab wang yang ada kadang-kadang, kontraklah, projeklah, itu curi terlalu banyak," katanya ketika berucap pada Program Sambutan Hari Ponggal 2023 Peringkat Parlimen Tambun di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Klebang, Chemor di sini.

Tambah Anwar, dengan sokongan daripada rakan-rakan kepimpinan, beliau akan menggunakan kuasa yang ada untuk menyelamatkan negara.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu