fb fb fb fb fb

Pengaruh PM dapat selesaikan isu antara negara - Zambry

(Anwar Ibrahim)

SINGAPURA, 29 Januari- Pengaruh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat antarabangsa dapat menyelesaikan isu membabitkan kedua-dua negara, bersempena lawatan pemimpin nombor satu negara itu ke Singapura, esok.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir optimis, kebijaksaan Anwar dalam memperkukuhkan hubungan negara di peringkat antarabangsa dengan pengaruhnya dilihat berupaya membantu dalam mencari pelbagai penyelesaian.

"Komitmen oleh perdana menteri adalah untuk melihat bahawa setiap perkara yang selama ini menjadi masalah dan halangan yang melambatkan proses menandatangani atau melambatkan penyelesaian sesuatu isu itu akan cuba diselesaikan pada kadar segera oleh perdana menteri.

"Itulah juga mesej yang dibawa oleh perdana menteri ketika berada di Indonesia dan Brunei baru-baru ini, begitu juga di Singapura nanti. Beliau akan menyuarakan hal yang sama bagi menyelesaikan perkara-perkara sebelum ini yang sudah tertunggak begitu lama," katanya dalam satu sidang media di Singapura.

Anwar akan mengadakan lawatan rasmi ke Singapura esok atas jemputan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong.

Ini adalah lawatan rasmi sulung Perdana Menteri ke Singapura selepas dilantik pada 24 November lalu.

Pada lawatan itu, Anwar dijadual bertemu Presiden, Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Hsien Loong. 


(Dr. Zambry Abdul Kadir)

Media Baharu