fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di lima negeri hingga malam ini

PETALING JAYA, 29 Januari- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Sabah sehingga 9.00 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan daerah yang terlibat di Kedah ialah Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Selain itu, cuaca tersebut dijangka berlaku melibatkan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

"Di Sarawak: Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Belaga) dan Bintulu dan Sabah: Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam", kata kenyataan itu.


(Ramalan cuaca oleh MetMalaysia)

Media Baharu